Monday, 9 November 2015

Kuat.

Kenapa kita kena kuat? Macam mana kita nak terus kuat setelah menghadapi pelbagai ujian di dunia ini? Bagaimana kita nak terus kuat dalam menghadapi pelbagai kerenah manusia di dunia ini? Bagaimana kita ingin mendapatkan kekuatan untuk bangkit semula setelah jatuh tersungkur?
     Dari mana datangnya kekuatan yang ada pada diri kita selama ini? Sumber kekuatan kita selama ini? Allah. Dia lah yang memberi kekuatan, kekuatan untuk kita menghadapi setiap ujian yang mendatang. Masalah keluarga, masalah kewangan, masalah persahabatan, dan sebagai nya. Kita mohon kekuatan, tetapi kenapa lebih banyak ujian yang kita dapat? Kerana dari situ, kita belajar erti kuat. Dari semua ujian itu, kita berusaha untuk mencari jalan penyelesaian, lantas menjadikan kita lebih matang. Kerana dunia itu tempat berpenat, dan akhirat itu tempat berehat. Kita inginkan syurga, tapi apabila diuji, kita mengeluh? Mula mempersoalkan, "kenapa aku?"
    Apabila sedang bersedih atas sesuatu ujian, lihatlah Surah al-Ankabut : Ayat 2. Di sini sebagai contoh, apabila kita ingin memohon sesuatu pekerjaan, sudah tentu kita perlu ditemuduga,menjalani ujian yang diberikan, disaring dan pelbagai proses lagi bagi memastikan kita benar benar layak untuk menyandang jawatan tersebut. Sedang di dunia sekalipun, untuk mendapatkan sesuatu, kita diuji terlebih dahulu, untuk melihat samada kita layak atau tidak. Apatah lagi, syurga? Jadi berbaloi lah kan jika kita berpenat di dunia, apabila pengakhiran kita di syurga. Jadi tidak perlu kita mempersoalkan, "kenapa aku?" "Kenapa aku banyak sangat masalah, sedangkan mereka yang lain tersenyum bahagia?" Ketahui lah, kita diberikan ujian atas kemampuan kita, ujian yang hebat adalah untuk mereka yang hebat!
    Jika kamu merasa hidup kamu susah, ketahui lah, ada yang lebih susah dari kamu. Jika kamu merasakan ujian yang kamu hadapi terlalu berat bagi kamu, ketahui lah, ada ramai lagi insan yang diuji dengan ujian yang lebih hebat dari kamu. Jika ada yang mengatakan kamu tidak cantik, gemuk dan sebagainya, ketahuilah bahawa semua ciptaanNya itu indah, dan setiap insan ada kecantikan nya yang tersendiri. Apabila rebah, jatuh tersungkur, ambil masa. Mohon kekuatan daripada Dia, setelah kau kumpul semua kekuatan, bangkitlah semula. Teruskan langkah yang telah kau mulakan, usah berhenti di pertengahan jalan. Dan jangan biarkan kata kata manusia memberhentikan langkah kau.